Nasional

Isu stoking: Pemangku Sultan Johor mahu pihak berkuasa bertindak tegas

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Baginda bertitah, isu berkenaan tidak boleh dipandang remeh kerana kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

“Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.
“Saya memandang seris isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” kata baginda dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, isu penjualan stoking tertera kalimah Allah sudah pun disiasat dengan tumpuan kepada vendor atau pengedar produk berkenaan ke pasaran.  SM
(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button