NasionalNegeri

Sumbangan wanita perlu diketengah peringkat global

SUMBANGAN kaum wanita masa kini sebenarnya tidak lagi terhad terhad sebagai suri kepada sesebuah rumah tangga semata-mata tetapi perlu diketengahkan sehingga ke peringkat global.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, wanita boleh menjadi sebagai penyumbang utama kepada khidmat kemanusiaan terutamanya dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai kepakaran.

“Khidmat kemasyarakatan global boleh dalam bentuk perkhidmatan kesihatan di negara-negara umat Islam terpinggir, negeri yang ditimpa bencana seperti gempa bumi, khidmat pendidikan tinggi dan rendah dan juga khidmat kemanusiaan yang lain” titah Baginda.

Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertitah demikian ketika berkenan merasmikan penutupan “Webinar Yayasan YTF Siri Kali Ke-22.

Webinar ini bertajuk “Transformasi Risalah Islam Berkemajuan” ini dianjurkan oleh YTF dengan kerjasama Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), petang semalam.

Program tersebut telah berkenan dirasmikan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pagi semalam.

Kata-kata aluan disampaikan oleh Naib Canselor UMAM, Prof. Madya Ir. Dr. Waluyo Adi Siswanto.

Titah Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen lagi, Transformasi Risalah Islam Berkemajuan pula memerlukan strategi yang mampan dan sesuai dengan manhaj berasaskan al Quran dan As Sunnah.

“Transformasi bermaksud melakukan anjakan kepada kaedah gerak-kerja kita,” titah Baginda.

Baginda bertitah, Risalah Islam pula adalah yang syumul, lengkap dan menyeluruh berlandaskan al Quran dan As Sunnah.

Titah Baginda, manakala berkemajuan adalah membuktikan Islam itu tidak jumud dan ketinggalan.

Sehubungan itu, titah Baginda, wanita juga turut terlibat dalam agenda ini.

“Wanita bukan sahaja mempunyai pencapaian yang luar biasa dalam bidang pendidikan, malah sebagai pemangkin pembangunan masyarakat, terlibat dalam pembangunan insan, khidmat kemanusiaan, pentadbiran dan juga petugas utama barisan hadapan,” titah Baginda.

Baginda bertitah, khidmat dan sumbangan yang diberikan dalam pelbagai sektor bukan sahaja di peringkat tempatan atau nasional, tetapi Islam berkemajuan akan mencorakkan kemajuan masyarakat di peringkat global. – SM

BACA Sumbangan wanita penting dalam pembangunan negara – Raja Puan Muda Perlis

BACA Wanita perlu manfaatkan kemajuan teknologi – Raja Puan Muda Perlis

(Visited 93 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button