NasionalNegeri

Amirudin Shari dilantik Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua

Adun Sungai Tua Amirudin Shari dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua. Beliau yang juga merupakan Naib presiden PKR itu akan meneruskan pentadbirannya selaku menteri besar ke-17.

Terdahulu, dilaporkan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berlangsung hari ini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan diadakan di Istana Alam Shah, pada jam 11 pagi ini.

Istiadat Angkat Sumpah Exco pula akan diadakan pada jam 2 petang.

Khamis lalu, Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak Istana.

Terdahulu, PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Selangor selepas pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu.

Dalam pilihan raya tersebut, PH-BN memenangi 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – SM

BACA Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button