Nasional

Covid-19 ragut nyawa ke 10,000 hari ini

VIRUS pembunuh yang bermula di Wuhan, China sejak Januari lalu sehingga hari ini telah meragut 10,178 nyawa di seluruh dunia.

Menurut laman sesawang https://ncov2019.live/data yang mengemaskini data jangkitan dan kematian di seluruh dunia menunjukkan Itali kini negara yang paling ramai kehilangan nyawa akibat virus tersebut iaitu seramai 3,405 orang.

Diikuti China seramai 3,248, Iran (1,284), Sepanyol (833), Perancis (372), Amerika Syarikat (206) dan United Kingdom (144).

Dari segi bilangan jumlah teramai dijangkiti pula China masih ditempat teratas iaitu sebanyak 80,967 kes, diikuti Itali (41,038), Iran (18,407), Sepanyol (18,077), German (15,320), Amerika Syarikat (14,138) dan Perancis (10,995).

Malaysia berada di kedudukan ke-18 dengan jumlah kes sebanyak 900 orang.-SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button