Politik

Kita akan masuk ikut pintu hadapan ke Putrajaya – Hadi

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Muafakat Nasional akan ke Putrajaya selepas memenangi pilihan raya umum ke-15 kelak mengikut pintu hadapan.

Abdul Hadi berkata, Pas, UMNO dan Barisan Nasional keseluruhannya tidak pernah merancang untuk memasuki Putrajaya mengikut pintu belakang.

“Tapi pintu belakang terbuka, jadi ada orang takut,” katanya ketika berucap merasmikan Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor malam tadi.

Sebagaimana pantun, kata beliau, Melukut Di Tepi Gantang Buka Sanggul Cari Kutu, Orang Takut Akalnya Hilang Bertemu Tunggul Di Sangka Hantu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika berlaku peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada pemimpin yang tidak berkemampuan akan menjejaskan negara.

Tambah beliau, oleh itu Pas menyokong Dr. Mahathir untuk meneruskan menguruskan negara dan membawa keluar dari kemelut ekonomi sekarang.

 

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button