Nasional

4,306 keluarga miskin tegar W. Persekutuan dapat rebat elektrik

KELUARGA miskin tegar di Wilayah Persekutuan mendapat rebat elektrik berjumlah RM40 sebulan.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa terdapat 4306 keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Keluarga berkenaan berpendapatan bawah RM1,169 sebulan.

Selain rebat elektrik keluarga tersebut turut menerima wang tunai RM100 selama tiga bulan bermula bulan ini.

“4306 keluarga miskin tegar Wilayah Persekutuan akan terus menerima rebat bil elektrik RM40 sebulan.

“Ia berdasarkan pendapatan keluarga yg berpendapatan kurang dari RM1,169 sebulan.
Mereka juga menerima RM100 sebulan untuk Julai, Ogos dan September untuk tujuan membeli barang keperluan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Rekod menunjukkan terdapat 3,476 keluarga miskin tegar di ibu negara Kuala Lumpur dengan jumlah tertinggi terletak di Parlimen Batu iaitu 809 keluarga, Lembah Pantai (570) dan Cheras (446).

Sementara di pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya terdapat 21 keluarga miskin tegar dan di Labuah terdapat 809 keluarga miskin tegar.-SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button