Luar Negara

Wuhan: Ibu rayu anak sakit kanser diberi rawatan

SUASANA pilu seketika di sekatan sempadan wilayah Hubei, China apabila tangisan seorang ibu merayu anaknya pesakit kanser diberi rawatan.

Seorang wanita penduduk itu merayu kepada penjaga sempadan di Sungai Yangtze supaya membenarkan anaknya pergi ke Jiujiang.

Lu Yuejin, 50, merayu kepada pihak berkuasa supaya anaknya penghidap leukemia boleh pergi ke hsopital di sana untuk mendapatkan rawatan.

[BACA ARTIKEL] Kira-kira 40 pelajar Malaysia di China telah pulang — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] 
Koronavirus: China lapor lebih banyak kematian dan kes baharu — Suara Merdeka

Menurut Lu yang bekerja sebagai petani, anaknya Hu Ping, 26, gagal mendapatkan rawatan kerana kanser di Hospital Wuhan kerana kesesakan teruk akibat wabak Novel Coronavirus.

“Anak saya perlu jalani kemoterapi kali kedua, tetapi Hospital Wuhan terlalu sesak.

“Anak saya perlu ke Hospital Jiujiang. Saya tak boleh tak apa, tetapi tolonglah biar dia lepas,” rayunya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

[BACA ARTIKEL] Singapura tutup sempadan kepada semua pelancong China — Suara Merdeka

Bagaimanapun, menurut portal itu rayuan Lu hampir tidak didengari kerana suara daripada pembesar suara melarang penduduk rentas sempadan lebih kuat.

Namun, rayuan Lu akhirnya didengari oleh anggota polis bertugas yang bertindak menghubungi pegawai atasan bagi mendapatkan kebenaran.

“Saya hanya mahu dia diselamatkan,” luahnya.

Tidak lama kemudian, pihak polis mula bertindak, sejurus ambulans tiba Lu dan anaknya Hu penghidap kanser dibenarkan melepasi sempadan untuk pergi ke hospital.

Sebelum itu, mereka perlu menjalani pemeriksaan seperti imbasan suhu badan sebelum dibenarkan menaiki ambulans.

[BACA ARTIKEL] Coronavirus: China maksimumkan pengeluaran topeng muka — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Tahi, air kencing lembu penawar coronavirus — Suara Merdeka

Penduduk di sana dilapor tidak dibenarkan untuk pergi ke Jiujiang, jambatan sunga Yangtze juga ditutup untuk menyekat wabak Coronavirus.

Ribuan orang cuba melepasi sempadan tersebut setiap hari, sebahagian kecil berjaya melepasinya melalui laluan kereta api yang tiketnya dibeli sebelum 24 Januari lalu. – CNA

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button