Ekonomi

Kumpulan Kenanga jadi bank pelaburan Malaysia pertama sertai rangkaian UN Global Compact

Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga), hari ini menjadi bank pelaburan Malaysia pertama untuk menyertai United Nations Global Compact (UN Global Compact), inisiatif kemampanan korporat terbesar di dunia, menunjukkan komitmennya terhadap Sepuluh Prinsip Padat Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang Hak Asasi Manusia, Buruh, Alam Sekitar dan Anti-Rasuah.

Kenanga menyertai rangkaian syarikat sukarela global yang komited untuk melaksanakan tindakan perniagaan bertanggungjawab bagi mencipta masa depan yang lebih baik.

Dilancarkan pada tahun 2000, UN Global Compact mengandungi lebih 12,000 syarikat dan 3,000 penandatangan bukan perniagaan yang berpangkalan di lebih 160 negara di seluruh dunia, dan lebih 70 Rangkaian Tempatan.

“Kami berasa bangga kerana diundang untuk menjadi sebahagian daripada UN Global Compact. Melaksanakan perubahan yang signifikan terhadap kemampanan merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan usaha bersepadu para peserta dalam setiap sektor.

“Sebagai peserta bank pelaburan Malaysia pertama, kami berharap untuk memberikan sumbangan dan juga menimba ilmu pengetahuan, selain menetapkan sasaran untuk mencipta kejayaan dalam menjana impak yang penting,” kata Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad.

Sebuah jenama tempatan dengan pengalaman selama hampir lima dekad, Kenanga giat memacu penerapan aspek ESG dalam operasinya. Sebagai sebahagian daripada landasan tindakan iklimnya,

Kumpulan Kenanga telah menetapkan sasaran untuk beroperasi menerusi tenaga hijau 100% pada tahun 2025, sejajar dengan komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon pada tahun 2050.

“Di samping impak iklim, agenda kemampanan kami juga memberikan tumpuan pada kepelbagaian, rangkuman dan kesejahteraan tenaga kerja kami, pelaburan komuniti, pelaburan bertanggungjawab, pendigitalan dan  Amalan perniagaan baik.

“Kami berasa teruja terhadap pembinaan keupayaan dan peluang memperkukuh rangkaian menerusi kerjasama dengan UN Global Compact, yang akan berfungsi sebagai pendorong untuk mempertingkatkan sumbangan kami kepada Matlamat Pembangunan Mampan PBB,” jelas Chay.

Dalam memberikan respons kepada 10 Prinsip United Nations Global Compact yang menekankan keperluan bagi perniagaan untuk berusaha memerangi rasuah dalam semua bentuknya, Kenanga baru-baru ini  Menyempurnakan kempen tahunan kesedaran penipuan kali ke-5, iaitu sebuah inisiatif yang turut disertai oleh Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia (MACFE).

Program tersebut berjaya mengumpulkan lebih 500 delegasi dalaman dan luaran daripada pelbagai badan pengawalseliaan, badan profesional dan syarikat awam tersenarai, dalam suatu langkah untuk menggalakkan usaha membanteras penipuan, sogokan dan rasuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my.

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button