Politik

Kenyataan Zahid Hamidi pada sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO

KEPUTUSAN UMNO berdasarkan Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) parti telah dilakukan secara maya hari ini, kata Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut adalah ucapan beliau ketika mengadakan sidang media sebentar tadi:

  • UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang ternyata gagal mengikut Fasal 3.3 Perlembagaan.
  • Tak jernihkan masalah malahan menyerlah kekhilafan, kerajaan sanggah titah Agong malah mempersendakan baginda yang hakikatnya sudah beberapa kali baginda titahkan Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos. Dan bukan pada September iaitu persidangan Parlimen akan datang. Pendirian ini mengikut 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
  • Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Agong maka Majlis Tertinggi UMNO sepakat tarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan TSMY selaku PM.
  • TSMY mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keengkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah Agong dengan meletakkan jawatan sebagai PM secara terhormat.
  • Surat akuan ahli-ahli Parlimen dari UMNO yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap TSMY sebagai PM telah pun persembahkan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan hilang majoriti dan keabsahah sebagai pemimpin kerajaan, dengan kini terbatal.
  • Bersama saya ialah ahli Parlimen dari UMNO yang telah menandatangani surat akuan yang telah diutuskan warkah-warkah ini kepada Agong. Dan untuk keabsahan juga ialah ahli Parlimen yang telah menandatangani semua surat akuan … dan terdapat lagi beberapa ahli Parlimen yang tak ada di sini kerana berada di kawasan masing-masing terutamanya di Sabah. Permohonan saya menghadap Agong, saya akan persembahkan kemukaan surat akuan tambahan yang belum dapat persembahkan ketika utusan pada warkah untuk persembahkan surat akuan ini kepada Agong.
  • (Berikut adalah nama-nama ahli Parlimen UMNO yang hadir tadi:
    Najib Abdul Razak (Pekan), Azalina Said Othman (Penggerang)
  • Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  • Azeez Abdul Rahim (Baling)
  • Noh Omar (Tanjung Karang)
  • Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  • Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  • Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  • Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  • Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
  • Ahmad Maslan (Pontian) – SM
(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button