Ekonomi

Felda perlukan strategi radikal – Tok Mat

KERAJAAN perlu mengambil radikal ke atas Felda supaya agensi itu berfungsi dalam meningkatkan ekonomi luar bandar.

Ini termasuk memberikan insentif bagi membangunkan asetnya dalam usaha mempelbagai sektor tanaman dan penternakan yang Mempunyai potensi besar.

“Pertama ialah lakukan sesuatu yang radikal tentang Felda, berikan insentif segera untuk mereka membangun aset kepelbagaian penanaman dan penternakan. Bidang penternakan adalah sangat berpotensi dan mampu mengurangkan kebergantungan kita kepada import daging luar.

“Kedua, menjana semula industri perikanan secara komprehensif, ikan mesti menjadi sumber yang cukup kepada negara dan dengan lebihan untuk dieksport. Malaysia adalah negara lautan dan potensi lautan kita sangat luar biasa tetapi tidak dioptimumkan,” kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kerajaan juga perlu mempunyai strategi khusus supaya Malaysia menjadi lembah makanan bagi negara-negara di Asia Barat.

Katanya, negara terbabit kekurangan tanah subur, air dan pekerja menjadikan mereka sangat bergantung kepada import bahan makanan.

“Malaysia mesti mendahului persaingan dengan menawarkan kepakaran, sumber dan logistik untuk menjadi pengeksport utama sumber makanan kepada negara Timur Tengah,” katanya.

Pada masa sama katanya, kemahiran generasi muda luar bandar juga mesti dipertingkatkan segera ketika keadaan ekonomi yang buruk menghalang mereka berhijrah ke bandar.

“Mereka mesti diberikan kemahiran sesuai dengan kepentingan ekonomi luar bandar dan membangunkan daerah kehidupan mereka.

“Kawasan luar bandar Malaysia mesti dijadikan hab pertumbuhan baru yang lestari kepada ekonomi Malaysia.

“Dalam ghairah kita dengan segala macam ‘gig economy’, ‘network economy’ dan pelbagai lagi, akhirnya ekonomi tradisional juga yang sebenarnya benteng utama kepada kemapanan ekonomi negara.

“Membelakangkan potensi luar bandar Malaysia adalah membelakangkan potensi sebenar Malaysia,” katanya.-SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button