Nasionalpilihan

Raja Muda, Raja Puan Muda Perlis saksi MoU Pakej Agro-Pelancongan

HARUMANGO Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pakej Agro-Pelancongan dengan pihak Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd dan Antar Holiday & Convention Sdn Bhd di Pavilion Perlis, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Dutamas 2, Segambut, Kuala Lumpur.

Harumango menjalankan kerjasama dengan Smart Leisure dan Antar Holiday antaranya termasuklah pakej lawatan 2 hari 1 malam ke ladang Harumango dan beberapa lokasi yang menarik di negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan MoU Pakej Agro-Pelancongan antara Haromango Sdn Bhd dengan SLT Sdn Bhd dan Antar Holiday & Convention Sdn Bhd di Pavilion Perlis, MITEC Kuala Lumpur.

Ladang Harumango cukup terkenal yang terletak di Bukit Chuping, Perlis yang mengusahakan mangga Harumanis gred premium yang mendapat sambutan sehingga ke Singapura.

Dalam majlis tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan berangkat untuk menyaksikan upacara menandatangani MoU tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyaksikan MoU Pakej Agro-Pelancongan antara Haromango Sdn Bhd dengan SLT Sdn Bhd dan Antar Holiday & Convention Sdn Bhd di Pavilion Perlis, MITEC Kuala Lumpur.

Harumango Sdn Bhd telah diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Rick Cheng Wooi Seong, manakala Smart Leisure & Travels (SLT) Sdn Bhd pula oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Nellsen Young dan Antar Holiday & Convention Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Vincent Tey.

Kerjasama ini juga merupakan salah satu usaha pemain industri pelancongan di dalam mahupun luar Perlis untuk sama-sama berusaha bagi merancakkan dan memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung. – SM

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar bersama pihak terbabit Pakej Agro-Pelancongan.

Artikel berkaitan > Agensi, syarikat swasta digalakkan majukan pelancongan Perlis

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button