Hiburan

Farid Kamil dan Diana Danielle rujuk semula

Selepas pelbagai drama yang dilalui oleh selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle, warganet mula membuat spekulasi berkenaan hubungan mereka dikatakan bakal rujuk semula susulan hantaran yang di muat naik oleh Farid Kamil semalam.

Malah menerusi laman Instastory milik Farid turut memuat naik video bekas isterinya sedang ditemu bual oleh seorang wartawan dengan bersertakan emoji lelaki sedang di lamun cinta dengan bentuk love.

Farid Kamil dan Diana bakal rujuk semula

Pelakon filem Anwar: Yhe Untold Story juga menyatakan bahawa dia hanya mampu melihat temu bual tersebut dari luar kerana kesihatan kurang baik.

“Mampu tengok daripada luar sahaja tak dapat nak temu bual. Suara tiada. Kasihan.

Bukan itu sahaja, Farid dan Diana juga seakan-akan mahu memberi bayangan mereka kini dalam proses berbaik semula menerusi video temu bual pendek yang di muat naik di TikTok Budiey.

Menerusi ig Farid Kamil

“Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat, ia merupakan satu nikmat juga,” kata Farid secara ringkas di video pendek tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar Farid dan Diana rujuk semula sebagai suami isteri.
Terdahulu, Farid dan Diana bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Pada 10 Mac lalu, aktres tersebut memfailkan permohonan cerai terhadap Farid dengan alasan tiada lagi persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya matai aitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8.

Artikle Berkaitan :>

“Tanyalah Diana apa masalah dia? Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak,” Farid Kamil

Farid Kamil minta buang bin, binti pada nama anak-anak-Diana Danille

 

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button