Negeri

Raja Perempuan hadir Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Perlis

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan di Jalan Raja Muda, Kangar.

Baginda diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berswafoto ketika lawatan ke gerai-gerai juadah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PDRM Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan di Jalan Raja Muda, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderul Hisham Baharudin serta Pegawai-Pegawai Kanan PDRM Kontinjen Perlis.

Duli-Duli Tuanku turut berkenan mengadakan lawatan ke gerai-gerai juadah yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dibahagikan mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Tuanku Tengku Fauziah juga berkenan menyempurnakan pengurniaan duit raya kepada seramai 160 kanak-kanak yang merupakan anak kepada para pegawai dan anggota PDRM Kontinjen Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran PDRM Kontinjen Perlis di Mes Pegawai Kanan di Jalan Raja Muda, Kangar.

Pelbagai persembahan menarik oleh para pegawai dan anggota PDRM bagi menampilkan bakat-bakat yang ada juga diadakan termasuklah sketsa, dikir barat dan nyanyian bertemakan Hari Raya untuk menghiburkan sekalian yang hadir. – SM

(Visited 28 times, 11 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button