Nasional

Polis sahkan Neelofa ke Pulau Langkawi atas urusan kerja

POLIS mengesahkan selebriti yang baru berkahwin, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail pergi ke Pulang Langkawi atas urusan kerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, mereka dibenarkan untuk berada di sana bermula 27 Mac hingga 4 April depan.

“Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah untuk urusan kerja.

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Basri berkata, berdasarkan jadual pergerakan. lokasi yang akan dituju empat penama terbabit termasuk Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

“Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.

“Justeru, saya tegaskan kebenaran permohonan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Sri Hartamas adalah atas urusan kerja dan bukan untuk tujuan berbulan madu,” katanya.

Tambahnya, pihaknya bagaimanapun akan mengambil tindakan jika terdapat perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti berbulan madu, pihaknya akan mengambil tindakan.

Terdahulu, netizen mula mempertikai tindakan Neelofa dan pasangannya yang dilihat berada di Pulau Langkawi.

Pertikaian mula berlaku selepas beberapa individu yang menyalah gunakan kebenaran rentas negeri dengan tujuan untuk berbulan madu. -SM

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button