Politik

Zahid bercakap separuh benar, tidak menggambarkan keputusan MKT

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melahirkan rasa kecewa dengan sidang media Presiden UMNO yang hanya separuh benar dan tidak menggambarkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang disebutkan dalam mesyuarat.

Menurut Ahli MKT tersebut, perkara pertama yang diputuskan dalam mesyuarat gagal dimaklumkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah MKT memberi kebebasan kepada semua Ahli Parlimen UMNO untuk mengundi menyokong usul di Parlimen atau sebaliknya.

“Beliau hanya mengumumkan UMNO menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi tidak memaklumkan mengenai keputusan memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen UMNO menyokong Perdana Menteri. Ini menimbulkan kekeliruan masyarakat seolah-olah kerajaan telah jatuh.”

Ahli MKT terbabit turut memberi catatan percakapan Presiden dalam mengumumkan keputusan MKT UMNO malam tadi,

“Keputusan pertama ialah memberi kuasa kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO bahawa apabila persidangan Parlimen diadakan dan ketika ada agenda pengundian dijalankan, sama ada pengundian percaya atau tidak percaya, MKT serahkan kepada budi bicara ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan di Parlimen,” katanya.

Menurut ahli MKT tersebut, tindakan Ahmad Zahid dalam sidang media sangat tidak profesional dan boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

(Visited 713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button