NasionalRencah Hidup

Ajak berkenalan ingatkan jodoh sekali…

PASTI seronok kalau tiba-tiba dapat mesej daripada seseorang yang ajak berkenalan. Lebih lagi kalau dia kacak ataupun cantik, pasti ingat jodoh.

Begitu tanggapan awal seorang pengguna media sosial apabila menerima pesanan menerusi aplikasi Whatsapp daripada seorang wanita yang ingin berkenalan.

BACA > Jumlah jemaah ditentukan jawatankuasa masjid, surau — Suara Merdeka

Lembut susunan ayatnya, lebih-lebih lagi apabila pernah terserempak tetapi segan hendak bertegur sapa.

Menerusi satu tangkap layar yang ditularkan dalam Facebook, wanita berkenaan bekerja dekat sebuah kedai perkakasan mahu berkenalan dengan pelanggannya.

Justeru perbualannya dimulakan dengan ayat yang dijangka pada awalnnya pasti ‘jodoh’.

“Hai. Maaf mengganggu. Awak ini abang yang handsome (kacak) yang tadi masuk kedai DIY dekat Tesco tu kan?

“Yang suhu badan 36.5. Nak kenal boleh?” kata penghantar pesanan itu mencuba nasib.

Tengok, sampai suhu badan pun disebutnya semata-mata hendak memastikan betul orang yang kononnya hendak ‘dingorat’ itu.

JODOH

Selepas beberapa ketika, lelaki berkenaan membalas pesanan wanita itu yang kelihatan seperti terperangkap dengan pujian sebagai ‘abang kacak’.

Tidak mahu kalah, nampak berlagaknya apabila menyatakan hanya dia yang kacak ketika itu.

“Ya, kalau kacak bergaya itu memang abanglah. Tak ada orang lain.

“Boleh hendak kenal dengan abang. Awak ‘cun’ lah. Apa yang buat awak hendak kenal dengan abang. Malu pula rasanya,” balasnya tersipu.

BACA > Anifah ingatkan Shafie, Mohammaddin terus perjuangkan hak rakyat Sabah — Suara Merdeka
BACA > Kembalikan Pulau Pinang kepada pentadbiran Melayu Islam — Suara Merdeka

Kemudian, berbalas mesejlah mereka berdua. Namun tidak lama kerana apabila lelaki berkenaan ajak jumpa, lain pula yang dibalasnya.

“Terima kasih abang kacak sudi balas,” kata wanita.

“Jom jumpa?. Abang masih dekat DIY,” balas lelaki berharap dapat bertemu jodoh barang kali.

“Macam ini. Abang pernah dengar fasal XXXX tak. Kami adalah syarikat pemasaran multi-level (MLM) yang tawar skim buat duit dengan sistem pasangan.

“Bonus bayaran sehingga RM80 juta. Abang buat abang dapat,” balas wanita yang juga merupakan mesej terakhir dihantar.

Jelas sekali meleset sangkaan lelaki berkenaan apabila wanita yang mahu berkenalann dengannya disangka sebagai jodoh, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Mujur tidak terjebak dan tertipu dengan skim-skim mengarut itu.

Ramai juga yang terjebak, bak kata ramai orang, “kawan lama tak berhubung kalau tiba-tiba ajak jumpa pasti mahu ajak sertai MLM ataupun insurans.”

Walau bagaimanapun tidak tahulah sejauh mana kebenaran perbualan di atas, namun bukanlah itu yang hendak ditekankan.

Salah guna maklumat peribadi

Dalam amalan normal baharu, pelanggan perlu mendedahkan identiti mereka termasuk nombor telefon bimbit bagi mudah dihubungi sekiranya berlaku penularan Koronavirus (Covid-19).

Namun, wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna data tersebut untuk pelbagai tujuan berniat buruk termasuklah menjualnya kepada pihak ketiga.

– Gambar BABAB.NET

Tiada jaminan terhadap keselamatan data tersebut. Kerajaan wajar bertindak ke atas isu ini dengan mengenalpasti kaedah supaya pelanggan tidak perlu mendedahkan identiti dan maklumat perhubungan.

Cukup sekadar pihak berkuasa yang tahu pergerakan masyarakat, kerana siasatan latar belakang pasti dilakukan kepada pesakit Covid-19 bagi mengenalpasti sejarah pergerakan.

Seperti menggunakan kaedah pengimbasan kod khas menerusi aplikasi MySejahtera, pelanggan tidak perlu mendedahkan nombor telefon mereka.

Pemilik atau pekerja kedai perlu bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat peribadi yang didedahkan kepada mereka.

BACA > Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta — Suara Merdeka
BACA > Disneyland California dijangka dibuka semula bulan depan — Suara Merdeka

Malah perlu bersedia berhadapan dengan tindakan seperti termaktub di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 jika membocor, mendedah atau menyalahgunakan maklumat. – SM

(Visited 1,256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button