NasionalNegeri

FAMA Perlis sasar 13 lokasi program Jualan Terus Dari Ladang

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menyasarkan 13 lokasi bagi penganjuran program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di negeri ini sehingga Mac depan.

Shahrizan Mansor

Pengarahnya, Shahrizan Mansor berkata, sehingga kini program JTDL yang bermula sejak Januari lalu kini sudah masuk ke lokasi ke tujuh.

Beliau berkata, menerusi JTDL ini FAMA menawarkan potongan harga barang juaan dari lima hingga sepuluh peratus lebih murah dari harga di pasaran.

Shahrizan berkata, sekaligus ini akan dapat membantu rakyat untuk membeli barang mentah dan runcit dengan harga mampu milik memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita menyasarkan jualan pada JTDL ini akan mencapai RM120,000 di sepanjang tiga bulan ini,” katanya pada sidang media sempena program JTDL di pekarangan pejabat FAMA Perlis di Jalan Behor Temak di sini.

Selain jualan hasil tani, produk Industri Kecil Sederhana (IKS) juga diadakan pertandingan makan durian, meneka berat sayur dan juga kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kemudahan pengunjung untuk berurusan.

Shahrizan berkata, setakat ini JTDL ini yang dibuka mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat setempat.

“Kita menawarkan harga daging tempatan sehingga RM10 untuk setiap kilogram manakala harga ayam pula RM5 bagi sekilogram.

Malah katanya sayur dan ulam-ulaman ditawarkan dengan harga antara RM1 hingga RM2.

Katanya, harga ikan segar, makanan laut juga mendapat potongan harga yang sangat berpatutan.

Katanya, dengan penganjuran JDTL ini juga membuka peluang kepada usahawan FAMA untuk menambah pendapatan.

“Selama ini mereka hanya bergantung kepada pasar tani dan outlet Agrobazaar saja untuk menjual hasil tani dan produk IKS,” katanya. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button