Sukan

Pelajar Sekolah Agama Rakyat bawa pulang 30 biji bola sepak Madani – Hannah Yeoh

Tuah bawa cita-cita pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari negeri Kedah, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi sumbangan sehingga hampir RM100,000.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, sumbangan itu merangkumi pembelian peralatan sukan, penganjuran program dan keperluan menampung aktiviti tahunan.

Kongsi Hannah, Persatuan Pengetua SAR di negeri itu memaklumkan mereka menaungi 10,000 pelajar termasuk 800 orang guru dan kakitangan.

“Mereka datang jauh dari negeri Kedah untuk menyampaikan hajat mereka. Mereka melihat pelajar mereka ada potensi besar dalam sukan.

“Namun, dengan kekangan peralatan dan kemudahan sukan yang terhad menyebabkan pelajar mereka tidak mempunyai latihan dan pendedahan yang mencukupi untuk menyertai pertandingan,” katanya.

Selari dengan semangat merakyatkan sukan dan cita-cita menumpukan sukan dari peringkat akar umbi, Hannah bersetuju meluluskan sumbangan di bawah peruntukan Menteri sebanyak RM30,000.

Tujuannya adalah untuk membeli peralatan sukan seperti meja ping pong dan hampir RM50,000 Dana Sukan Komuniti akan diberikan untuk penganjuran Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah.

Selain itu, tambahan RM20,000 bagi menampung aktiviti tahunan mereka melalui peruntukan Setiausaha Politik Hannah turut direncanakan, menjadikan keseluruhannya hampir RM100,000.

“Saya tidak mahu para pelajar Sekolah Agama Rakyat tercicir mendapat peluang yang sama rata untuk mengembangkan potensi sukan dalam diri mereka.

“Dan ya, mereka juga bawa pulang 30 biji bola sepak Madani! Majulah sukan untuk negara.” – SM

 

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button