Belang Bertempat

Rakyat tonton ‘wayang tinggi’ isu pengampunan Najib Razak

MINGGU lepas adalah minggu MAIN WAYANG. WAYANG TINGGI! Kalau ada yang kata, BUKAN MAIN WAYANG tapi paparan SANDIWARA untuk tontontan berjuta rakyat Malaysia dewasa, bukan kanak-kanak berkaitan dengan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terpulang kepada pengamatan dan pandangan masing-masing.

Personel opinion memang tak ada sesiapapun yang boleh sangkal kerana melontarkan pandangan atau pendapat peribadi  berkaitan dengan pengampunan diberi kepada bekas Presiden UMNO itu yang kini berada di sebalik tirai besi.

Dekat aje dengan rumah wartawan SUARA MERDEKA tetapi akses nak melawat memang rasanya tidak akan diberi!

Mereka yang duduk dalam kelompok politik, politikus, pemerhati politik, kawan dan lawan akan bergebang habis-habisan tentang isu berkaitan dengan pengampunan Datuk Seri Najib yang kononnya diberi dan ditarik balik dalam masa yang amat singkat.

Media yang gelojoh, mahu scoop kononnya, terus up story, pick up dan rasa pergh! Gah kerana dapat terbitkan artikel Najib diberi pengampunan.

Sekali tu, alih-alih, eh! Tiada! Pengampunan terhadap Najib Razak, TIADA  rupanya. Tapi tak ada pula tindakan susulan yang diambil terhadap organisasi media yang mengeluarkan berita yang TIDAK RASMI seperti ini.

Andaikata pengamal media ikan bilis masin yang kecil, tentu sudah menggeletar lutut kerana akan dipanggil berjumpa MANJA-MANJA untuk diberi SEPATAH DUA KATA, Kata-kata manis tanpa gula. Terlebih gula, kena kencing manis!

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil memang champion kalau bab BOSS KU kerana beliau pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Najib Razak selama 20 tahun, kalau tak silap perhitungan.

Minggu lepas, giat jugalah Isham berkongsi pandangan dan penulisan dan mengadakan temubual dengan pengamal media (BUKAN SUARA MERDEKA) berhubung isu pengampunan Najib ini.

Berikut adalah catatan Isham yang dikongsi dalam SUARA MERDEKA untuk bacaan anda semua. Kalau anda setuju, like dan share link SUARA MERDEKA.  Andaikata anda bangkang, tak setuju, ok sahaja.

CATATAN ISHAM JALIL: Kalau keputusan macam ini, baik tak payah panggil mesyuarat tergempar. Buang masa sahaja dan menyusahkan perwakilan-perwakilan Kolokium yang datang dari jauh dan dibatalkan majlis kerana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO masa kini) dilihat takut untuk berhadapan dengan akar umbi.NAJIB RAZAK

Kenyataan rasmi mesyuarat Zahid ini bunyinya seolah-olah macam dia kata, dia kononnya tak ada kena mengena dalam keputusan ini. Ini semua kuasa SPB Agong dan atas nasihat Perdana Menteri.

Ini juga bunyinya seolah-olah dia tidak mahu mengambil tanggungjawab dan ingin menyalahkan pihak lain atas keputusan ini. Guru dia Perdana Menteri Anwar pun dia petik. Jangan salahkan SPB YDP Agong dan jangan salahkkan orang lain.

Kamu Presiden UMNO dan Datuk Seri Najib itu pemimpin UMNO dan kamu sekarang adalah Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan.

Kamu sepatutnya memperjuangkan rekomendasi pengampunan Najib kepada Lembaga Pengampunan sebelum keputusan dibuat, bukan selepas itu.

Usah main wayang.

CATATAN TERDAHULU ISHAM JALIL:

Pagi ini Zahid batalkan dan tangguh Kolokium Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan hari ini dan panggil mesyuarat UMNO untuk bincang berkenaan keputusan pengampunan DS Najib.

Saya pasti dia (Zahid) takut kalau dia buat Kolokium ini, hari ini, ramai akan bertanya kepada dia berkenaan DS Najib dan dia akan terkebil-kebil nak jawab dan akan kena hentam oleh akar umbi UMNO.

Memimpin generasi madani - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Zahid baru nak panggil mesyuarat UMNO berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan ini padahal tentunya dia sudah tahu keputusan ini selama berhari-hari sejak ia diputuskan.

Malah besar kemungkinan sebelum itu lagi berkenaan rekomendasi kerajaan kepada SPB YDP Agong sebelum mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Jika dia ingin perjuangkan dan tuntut pengampunan untuk DS Najib sebagai rekomendasi kerajaan kepada Lembaga Pengampunan, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh buat secara terbuka sebelum Lembaga bersidang. Bukan selepas itu.

Selepas mesyuarat UMNO yang Zahid panggil pagi ini, kita lihat apa wayang dia dan apa lagi dia nak tipu akar umbi UMNO berkenaan pengampunan DS Najib. Mungkin dia akan berlakon sebak dan nangis-nangis lagi untuk tagih simpati.

Zahid, kamu sudah banyak berjanji sama seperti guru kamu, Anwar. Terus terang sahaja berapa lama kamu ingin kurung Najib dalam penjara?

Pulangkan Najib.

CATATAN Isham Jalil turut melibatkan Datuk Seri Azalina Othman Said. BEGINI BUNYI CATATAN ISHAM:

Anda ingat tak lebih kurang setahun lalu sebelum jadi Menteri Undang-undang, Azalina kata apa semasa Perhimpunan Agung Khas UMNO apabila DS Najib dimasukkan ke penjara?

Dia bagi ucapan berdegar-degar konon membela DS Najib. Azalina kata, lebih kurang macam ni: bla bla bla… bila kita ada kuasa gunalah kuasa itu untuk bela pemimpin kita bla bla bla… kalau tidak kita ini bodoh bla.. bla.. bla…peguam negara

Saya rasa dia ingin balun dan tuju kepada PM ketika itu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri. Saya tidak simpan transkrip sebenar apa yang Azalina kata pada ketika itu dan saya ingat-ingat lupa apa yang dia kata sepatah-sepatah tetapi bunyinya macam di atas itulah. Ada sesiapa simpan video itu?

Atau Azalina sendiri boleh jawab sebab sekarang dia ada kuasa dan sudah jadi Menteri Undang-Undang. Kepada Azalina, sekarang takkan kamu nak salahkan orang lain lagi pula? Kini kamu sudah jadi kerajaan dan sudah ada kuasa. Apa kamu sudah lupa apa yang kamu kata dulu?

Takkan nak salahkan YDP Agong lagi dengan alasan, ini semua kuasa dan budi bicara Baginda seolah-olah kamu dan menteri-menteri tidak ada kuasa langsung dalam membuat rekomendasi?

Jangan salahkan Agong dan jangan salahkan orang lain. Kini kamu yang ada kuasa, jangan jadi munafik dan tidak mahu mengambil tanggungjawab dan lepas tangan.

Anwar kata dia ada 150 sokongan ahli-ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan. Ini bermaksud jika UMNO tarik sokongan dan jadi pembangkang pun kerajaaan ini masih berdiri dan Anwar masih jadi PM.

Oleh itu, kalau kamu dan Zahid betul-betul berprinsip dan serius ingin bela DS Najib, cubalah tarik sokongan dari kerajaan dan UMNO keluar jadi pembangkang seperti cadangan asal saya dulu.

Kita tidak perlu join mana-mana gabungan pun, tak apa. Saya rasa akar umbi UMNO ramai yang tidak kisah jika UMNO jadi pembangkang pun.

Buat apa jadi kerajaan jika kita perlu jadi penjilat. Kamu dan Zahid berani? Saya rasa kamu dan Zahid takut hilang jawatan (dan mungkin takut masuk penjara). – SM

BACA Pengampunan Najib bakal diputuskan

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button