Nasional

PM minta Ahli Parlimen Bachok baca laporan ekonomi

CADANGAN Ahli Parlimen Bachok, Syahir Che Sulaiman bahawa negara perlu melantik seorang Menteri Kewangan sepenuh masa susulan penyusutan nilai ringgit bukanlah suatu yang bijak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menyangkal cadangan tersebut.

Beliau meminta Ahli Parlimen PAS itu membaca laporan ekonomi dan kewangan tentang kekangan antarabangsa.

“Orang yang cadang itu kena baca laporan ekonomi dan kewangan,” kata Anwar ketika ditemui usai majlis penyerahan kunci perumahan penjawat awam.

Semalam, Syahir mencadangkan mungkin ada “faktor dalaman” yang menyebabkan ringgit menjadi lemah berbanding matawang negara jiran.

Dalam artikel “Ringgit jatuh: Perlu menteri kewangan kompeten, sepenuh masa” di Harakahdaily, Syahir berkata, Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sukar memberikan fokus di kementerian kerana bebanan tugas.

Untuk rekod, ringgit kekal bawah tekanan pagi tadi apabila susut kepada 4.6280 berbanding Dolar AS (USD) kadar terendah dalam tempoh enam bulan. – SM

BACA Belanjawan 2023: Konsep Payung Rahmah meminimum beban sara hidup

BACA Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian 

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button