Nasional

Ujian saringan kedua Covid-19 PM negatif

UJIAN saringan pengesanan Covid-19 bagi sampel kedua ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 14 Oktober telah disahkan negatif pada 15 Oktober lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan oleh Muhyiddin sepanjang tempoh kuarantin kendiri telah disahkan negatif.

Walaupun tempoh kuarantin kendiri Perdana Menteri telah tamat semalam, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dilaksanakan setiap hari akan terus dijalankan melalui sidang video.

“Dalam pada itu, YAB Perdana Menteri terus komited mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang diadakan secara sidang video pagi tadi.

“Walaupun tempoh kuarantin kendiri telah tamat, mesyuarat khas MKN masih dijalankan melalui sidang video sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi situasi semasa COVID-19 di dalam negara,” katanya.

Mesyuarat khas MKN berlangsung setiap hari bermula 7 Oktober lepas.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menasihatkan Muhyiddin untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Ini berikutan terdapat anggota Kabinet yang disahkan positif Covid-19.-SM

 

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button