BeritaLuar Negara

Lagi Mangsa Serangan Puak Ekstremis, 11 Orang Pekerja Lombong Arang di Pakistan Dibunuh Dengan Kejam!

11 orang pekerja lombong arang batu di wilayah Baluchistan barat daya Pakistan diculik dan dibunuh dalam satu serangan puak pengganas yang dipercayai kumpulan militan IS pada lewat malam sabtu lalu.

Kesemua 11 mangsa merupakan anggota komuniti minoriti Syiah Hazara yang berulang kali menjadi sasaran esktemis dari puak militan Muslim Sunni kerana mereka adalah beragama Islam.

Dalam serangan itu, 6 daripada 11 mangsa telah meninggal dunia ketika ditemui manakala lima daripada mereka yang cedera parah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber daripada Pegawai kanan kerajaan Pakistan, Abid Salim, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang nyenyak tidur di kediaman masing-masing kemudian diculik dan dibawa ke kawasan pergunungan sebelum dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pengganas militan yang bersenjata.

Kaki dan tangan mereka diikat dan disembelih menggunakan senjata tajam malah sebilangan daripada mereka turut dipenggal kepala.

Penduduk yang berang ekoran kejadian berkenaan bertindak meletakkan mayat mangsa di jalan utama untuk menyekat lalu lintas sebagai tindakan tunjuk perasaan.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengecam serangan itu dan melabelkan ianya sebagai jenayah keganasan yang tidak berperikemanusiaan.

Beliau telah mengarahkan pasukan tentera di sempadan berkenaan untuk menangkap pengganas serangan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Kerajaan juga memberi jaminan bahawa keluarga mangsa tidak akan dibiarkan berhadapan situasi sukar ini.

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button