Hiburan

Tindakan Nia Ramadhani bela anjing dipertikai netizen

BINTANG drama Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani mendapat kecaman di akaun instagram miliknya selepas mengambil keputusan untuk membela anjing.

Menerusi status di akaunnya itu, Nia memberitahu yang dirinya sebelum ini amat takut dengan haiwan seperti kucing dan anjing.

Namun, kehadiran anjing peliharaan yang diberi nama Maximus itu katanya berjaya membuatkan dia mengubah personaliti dirinya.

“Tanpa disedari, pukul berapa pun saya tidur tetap akan terjaga pada pukul 6 pagi semata-mata untuk membawa Maxi berjalan-jalan dan menyiapkan makanannya pada pukul 7 pagi,” katanya.

Menerusi status tersebut, Nia dilihat membawa anjingnya berjalan-jalan serta mengusap haiwan peliharaannya itu.

BACA> Jangan harap pawagam semata-mata, perlu lebih kreatif

Tindakan Nia itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada netizen yang beranggapan bahawa seorang muslim tidak sepatutnya mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan.

Apatah lagi tindakan Nia yang dilihat begitu mesra mengusap anjingnya itu sekaligus memberi kesan negatif pada pandangan umum apatah lagi wanita itu sudah bergelar hajjah.

Namun, ada juga yang beranggapan tindakan Nia itu tidak salah apatah lagi Islam mengajar umatnya untuk cinta pada semua haiwan.

Nia bagaimana pun tidak memberi sebarang komen berkenaan dengan perdebatan di antara netizen di ruangan komen.

Isu memegang anjing sebenarnya memang sesuatu yang amat sensitif di kalangan orang Islam dan selebriti tempatan juga sebelum ini pernah terpalit dengan isu sama.

BACA> Ara Johari dituduh ambil ‘barang’, minum arak

Selebriti seperti Nabila Huda antara yang pernah memuat naik gambar swafoto bersama seekor anjing baka Husky.

Tindakan itu mengundang reaksi orang ramai termasuk Pencetus Ummah Syed yang beranggapan bahawa tindakan itu tidak perlu dikongsi di laman sosial kerana khuatir menjadi ikutan orang lain. -SM

(Visited 614 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button