Nasional

Hanya tujuh juta akaun telefoh mudah alih di Malaysia miliki peranti sokong 5G

Hanya tujuh juta daripada 45 juta akaun pengguna telefon mudah alih di Malaysia memiliki peranti yang menyokong 5G, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Memetik laporan BERNAMA, Beliau berkata hal ini menghalang mereka daripada menggunakan dan menikmati rangkaian 5G, walaupun kemudahan itu sudah terdapat di kawasan mereka.
“Jadi, kerana itulah program seperti 5G Rahmah akan sangat membantu, terutamanya untuk B40 membeli, mendapatkan peranti 5G supaya mereka boleh menggunakan 5G,” katanya selepas menghadiri perasmian Rangkaian Persendirian 5G komersial pertama Petronas, disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.
Pakej 5G yang dilancarkan Fahmi Ogos lepas, ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia, bermula 31 Ogos hingga Disember ini. Pakej tersebut menawarkan pelan data melibatkan telefon mudah alih pada harga tidak melebihi RM240 berserta pelan pascabayar serendah RM60 data sebulan dengan data minimum 60 gigabit (GB).
Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI, Fahmi turut mengumumkan Pakej 5G Rahmah yang ditawarkan kepada 100,000 pelanggan pertama daripada kumpulan B40, yang turut layak menerima subsidi RM120 bagi telefon pintar.
(Visited 104 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button