Ekonomi

Bank Rakyat gandakan had Pembiayaan Peribadi-i kepada RM400,000

BANK RAKYAT menggandakan tawaran had Pembiayaan Peribadi-i kepada RM400,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, penambahan had pembiayaan ini merupakan inisiatif Bank Rakyat dalam memastikan ketersediaan kemudahan pembiayaan berlandaskan Syariah bagi memenuhi keperluan aliran tunai masyarakat.

“Di samping sebagai tanda keprihatinan dan ihsan terhadap kesejahteraan pelanggan, pelaksanaan ini juga adalah bagi menghargai keyakinan pelanggan kepada produk dan perkhidmatan Bank Rakyat selama ini yang mana dilihat sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

“Seiring dengan tawaran semasa di pasaran ketika ini, langkah ini juga jelas menunjukkan komitmen Bank Rakyat dalam usahanya bagi meningkatkan lagi portfolio pembiayaan runcit,” ujar beliau.

Bank Rakyat sentiasa bersedia untuk menawarkan kemudahan pembiayaan pada kadar keuntungan yang kompetitif bagi memastikan kami kekal mampan sebagai salah satu institusi kewangan Islam sepenuhnya yang terbesar di Malaysia,” tambahnya.

Bagaimanapun, Dr. Mohammad Hanis menegaskan bahawa Bank Rakyat menawarkan jumlah pembiayaan yang bersesuaian dengan tahap kewangan pelanggan bagi mengelakkan mereka terbeban di kemudian hari.

Selain menawarkan Pembiayaan Peribadi-i, Bank Rakyat turut menawarkan produk pembiayaan runcit patuh Syariah antaranya termasuklah Pembiayaan Kenderaan-i, Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pajak Gadai-i serta pembiayaan perniagaan seperti Pembiayaan Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454 atau kunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran serta ikuti media sosial rasmi @mybankrakyat. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15 peratus

(Visited 490 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button