Nasional

Bilik hotel mewah jadi ‘port’ simpan dadah

SEBUAH bilik hotel mewah dijadikan ‘port’ untuk menyimpan dadah akhirnya dikesan polis selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun.

Lelaki itu ditahan di tepi Jalan Stesen Sentral, Brickfields, Kuala Lumpur pada16 Julai lalu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, turut ditemukan bersama suspek tersebut sewaktu ditahan ialah dua paket dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 103.7 gram.

“Selain dadah, kita turut menemukan dua kad akses dan serangkau anak kunci kereta.

BACA> Kluster restoran, kluster jeti antara tiga kluster baharu Covid-19

“Hasil soal siasat terhadap suspek telah membawa kepada serbuan di sebuah bilik hotel mewah di Jalan Stesen Sentral pada pukul 11.30 malam hari sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazlan, hasil pemeriksaan di bilik tersebut telah menemukan dadah jenis methamphetamine, pil ecstasi, pil erimin 5 dan ganja.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau terhadap suspek juga mengapati dia mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal urin suspek yang dijalankan oleh pihak polis adalah positif methampetamine.

“Nilai rampasan kesemua dadah yang ditemukan dianggarkan bernilai RM112,720,” ujarnya.

BACA> Jumlah kes aktif Covid-19 melonjak melepasi 100 kes

Mazlan memberitahu, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 17 Julai lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah boleh menghubungi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana–mana balai polis berdekatan. -SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button