Jenayah

Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui dalam tong sampah

Mayat seorang wanita dipercayai dibunuh secara kejam apabila ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam sebuah tong sampah di Kampung Rimau,
Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, mayat tersebut dipercayai telah dipotong sebelum disumbatkan ke dalam sebuah tong sampah dan dibuang di longkang.

Menurutnya, mayat wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan tanpa pakaian oleh orang awam kira-kira pukul 2.00 petang Ahad lalu.

Menurutnya, mangsa ditemukan tanpa pakaian dan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong dengan kejam.

“Kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Mayat telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis masih gagal mengesan bahagian badan yang hilang. Mayat ketika ditemui telah mula mereput dan dijangka kematiannya ketika ditemui antara seminggu atau
10 hari,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis telah membuat ujian DNA ke atas dua kes orang hilang tetapi didapati negatif.

Katanya, polis ada menerima laporan mengenai kejadian orang hilang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an di Johor dan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu Arshad meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar dapat menghubungi di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, sebarang maklumat orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 065562222 atau Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Supritendan Ali Hanafiah Hashim di nombor 019-9536277. – SM

 

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button