Jenayah

Isteri maut di tangan suami sendiri

BAHARU sahaja mendirikan rumah tangga setahun yang lalu, seorang suami tergamak memukul isterinya dengan tukul besi sehingga maut dalam kejadian di Dungun, Terengganu.

Mangsa dikenali sebagai Rubiah Sabtub, 41, merupakan pegusaha kedai runcit dan mempunyai lima orang anak hasil daripada perkawinannya terdahulu.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas lantai di ruang tamu rumahnya.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara di antara suspek dengan mangsa.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, polis percaya kesan kecederaan pada tubuh mangsa adalah disebabkan hentakan berkali-kali menggunakan tukul besi.

Hasil pemeriksaan mayat mangsa terdapat juga kesan hentakan di bahagian mata kanan, di dahi, hidung, mulut dan telinga kanan mangsa.

“Terdapat kesan percikan darah di atas lantai serta dinding rumah berkenaan.

“Ketika kejadian, seorang bayi berusia tiga bulan turut berada di dalam rumah itu,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, suspek telah diberkas oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button