Belang BertempatPolitik

PMX teliti semula Perkara 153, jangan retorik cari mileage

PRESIDEN parti PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali merasa terpanggil untuk membuat kenyataan balas mengenai saranan “Anwar wajib ‘teliti semula’ Perkara 153, selesai kemiskinan Melayu”.

Pandangan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Hassan Abdul Karim mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti dilapor di dalam MalaysiaGazette kelmarin, menarik perhatian beliau.

Beliau menyarankan agar PM ke X, Datuk Seri Anwar Ibrahim “teliti semula” Perkara 153 yang (saya petik di sini) dalam para (1) berbunyi, “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

“Untuk memancing sentiment orang Melayu, sememangnyalah lontaran kenyataan seperti yang dibuat oleh YB Hassan itu memberi mileage kepada seseorang ahli politik.

“Sedangkan ungkapan sedemikian tidak lebih dari retorik bila mana dibangkitkan tanpa memberi sebarang rancangan jelas dari segi perlaksanaan,” kata Ibrahim.

Berikut adalah catatan kenyataan Dr Ibrahim Ali dan disiarkan penuh di SUARA MERDEKA:

Oleh itu, saya mohon YB Hassan menyenaraikan langkah-langkah konkrit untuk melaksanakan idea seperti yang beliau lontarkan. Barulah idea beliau itu membawa makna.

YB Hassan seolah menyalah dan meletakkan keseluruhan beban ke atas bahu YABhg. Tun Dr. Mahathir seorang sahaja berhubung setiap kelemahan perlaksanan Perkara 153. Itu tidak ‘adil.

Banyak lagi faktor lain yang mengekang kelancaran program pelaksanaan hak orang Melayu dan Bumiputra seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia termasuk lah sikap kebanyakan pemimpin dan orang Melayu sendiri yang tidak ikhlas, tamak serta suka mengambil jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

Tidaklah dapat dinafikan betapa sejak kita mencapai kemerdekaan, kaum Melayu dan Bumiputra dari seluruh julat masyarakat telah menikmati sedikit sebanyak hasil program-program khas untuk mereka.

Namun tidak boleh dinafikan juga bahawa terdapat banyak kepincangan dalam perlaksanaan dasar untuk memenuhi matlamat peruntukan dalam Perkara 153.

YB Hassan telah pun menyenaraikan kepincangan-kepincangan tersebut. Seterusnya, tidak dinafikan sama sekali betapa pelaksanaan dasar dalam penghayatan Perkara 153 perlu dikaji, disusun, dirancang dan diperkasa semula.

Kini semangat dan peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan sudah tidak lagi dipedulikan dalam apa jua bentuk Dasar Pembangunan dan Belajawan Negara kecuali sekadar sedikit cebisan di sana sini.

Jika diambil kira Perkara 153, sepatutnya semua dasar wajib berpandukan kepada agenda Melayu dan Bumiputra sebagai Agenda Nasional.

TUN Dr. Mahathir Mohamad

 

Seharusnya semangat Perkara 153 juga wajib diterjemahkan kepada pembahagian kek ekonomi negara, mesti adil antara kaum mengikut nisbah jumlah setiap kaum dalam semua aspek dan peringkat dan bukan setakat B40 sahaja.

Selagi jurang kedudukan ekonomi masih lebar antara kaum-kaum maka Dasar dan Tindakan Afirmatif wajib dilaksanakan secara agresif kerana pembahagian kek ekonomi yang adil antara kaum sahajalah yang mampu menjamin keharmonian, perpaduan dan keselamatan negara.

Hakikat yang didepan mata kita sekarang ialah kebanyakan orang Melayu dan Bumiputra masih miskin dan ketinggalan dari arus pembangunan negara.

Merekalah yang terdiri daripada majoriti golongan B40. Orang bukan Melayu dan bukan Bumiputra memang ada didalam golongan tersebut.

Kita setuju mereka perlu dibantu melalui program-program khas. Namun bilangan bukan Melayu dan bukan Bumiputra dalam kumpulan B40 tidaklah seramai orang Melayu dan Bumiputra.

Pada hemat saya, Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini adalah penegasan semula semangat asal Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kelangsungan kaum Melayu dan Bumiputra sebagai kaum majoriti dan kaum asal negara tetapi tetap menghormati hak-hak kaum lain yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. – SM

BACA Rais tegur Tok Mat, Nur Jazlan, Tajuddin pandang rendah Perikatan Nasional

BACA Sanggupkah Anwar cabar Pengisytiharan Proklamasi Darurat?

(Visited 711 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button