Politik

Kalau mulut boleh menyumpah, ramai menteri disumpah jadi makhluk lain

KALAULAH rakyat negara ini mempunyai kuasa menyumpah, pasti ramai menteri yang disumpah, tidak terlepas seorang pun pemimpin PH menjadi makhluk lain.

Jika di dalam filem Maleficent, permaisuri disumpah menjadi kambing kerana kejahatan mulutnya dan akhirnya dia dihalau keluar dari istana dan hanya mampu mengembek serta memakan rumput.

Dalam situasi negara ini agaknya siapa yang akan disumpah menjadi kambing.

Sumpah! Rakyat memang telah penat melayan kerenah kerajaan hari ini, terutama para menterinya yang alang-alang bijak.

Kononnya mereka juga bijak berpolitik tidak kalah dengan ahli politik pembangkang yang berpengalaman selama 60 tahun memerintah negara.

Janganlah terlalu mudah terpancing dengan umpan pembangkang, hinggakan semua isu mahu dikomen.

Sebagai pemimpin kerajaan setiap komen perlulah bersifat membina dan bukan lebih kepada menghina.

Saya bimbang negara ini tidak bergerak ke mana-mana kerana orang politik saling bercakaran.

Pergaduhan bukan sahaja berlaku dengan kem lawan, bahkan di dalam keluarga sendiri mereka tidak sehaluan.

Majoriti rakyat kini sudah berasa menyesal kerana memilih kerajaan hari ini.

Jangan salahkan pembangkang, memang tugas mereka membangkang dan mengkritik. Jadi tugas kerajaan adalah menunaikan janji dan memastikan kesejahteraan rakyat.

Namun jika mereka merasakan sudah penat menjadi kerajaan teruskanlah apa yang dilakukan hari ini. Teruskanlah menghina rakyat dengan pelbagai tindakan yang dungu dan semberono.

Bayarlah gaji besar kepada para kroni yang tak mampu memberi nasihat yang betul.

Musuhilah sebahagian besar rakyat dan larilah daripada penyokong yang mendokong sebelum ini.

Rombakan kabinet kemungkinan besar tidak akan dilakukan kerana perdana menteri sendiri tidak mempunyai pilihan.

Barisan yang ada lebih layak menjadi badut sarkas, daripada menjadi menteri.

Lihatkan muka bagaikan ada otak dan harapan, tetapi rupa-rupanya zero, rakyat tertipu.

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button