BeritaNasional

Sekolah vernakular: ISMA arah peguam saman kerajaan, menteri pendidikan

ISMA telah mengarahkan peguamcaranya Tetuan Raja Riza & Associates untuk memfailkan writ saman terhadap Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia berhubung dengan isu keesahan penubuhan sekolah jenis kebangsaan (atau lebih dikenali sebagai Sekolah Vernakular) di sisi Perlembagaan Persekutuan.

Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya berkata, melihat kepada susur galur sistem pendidikan di Malaysia, ISMA berpandangan bahawa sudah tiba masanya bagi mahkamah untuk meletakkan satu titik pengakhiran terhadap sekolah jenis kebangsaan yang sejak dari dahulu telah mewujudkan polemik dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

“ISMA berpendapat, kerajaan seharusnya memanifestasikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa perpaduan dalam sistem pendidikan bagi merapatkan jurang kesefahaman antara kaum disamping untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara menurut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh demikian, ISMA sememangnya percaya bahawa kemelut di atas garisan perkauman yang sedang berlaku di negara kita ini mempunyai titik permulaan yang membenih ekoran daripada sistem persekolahan yang berlandaskan perkauman,” katanya dalam kenyataan.

ISMA, katanya, selaku pertubuhan yang menitikberatkan perpaduan dalam pembangunan masyarakat berpendapat bahawa dasar penubuhan sekolah jenis kebangsaan di Malaysia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan.

“ISMA telah mengambil tindakan ini dengan mengarahkan barisan peguam yang diketuai oleh Datuk M Reza Hassan, N Logendran dan Mohamad Farhan Kamarudin untuk mendapatkan keputusan yang mutakhir daripada sudut undang-undang berkenaan dengan isu ini di mahkamah,” katanya.

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button