Hiburan

PU Abu rujuk bekas isteri pertama, bikin panas

DUA kali berkahwin, kedua-dua bahtera yang dilayari oleh wanita bernama Hana Azraa karam dipukul badai.

Bahkan perkahwinan kali keduanya dengan seorang PU, sempat dikurniakan seorang cahaya mata lelaki tetapi gagal mengekalkan mahligai yang dibina.

Teringat pula sebelum PU Abu Sufyan berkahwin dengan Hana, dia sudahpun beristeri iaitu Ain Afini tetapi disebabkan ‘jodoh’ maka PU Abu mengahwini Hana dan menceraikan Ain.

Bersama Ain, PU Abu juga mempunyai seorang anak lelaki, sama dengan jantina anak bersama Hana.

Semalam, portal berita hiburan MStar melaporkan, PU Abu mengambil langkah mengunci mulutnya ekoran pendedahan Hana tentang hubungan bekas suaminya itu dengan Ain.

Hana mendakwa, PU Abu sudah rujuk dengan bekas isteri pertamanya, Ain tetapi tidak dinyatakan secara rasmi tentang situasi itu.

PU Abu pula dalam mempertahankan pendirian kunci mulutnya mengatakan dia tidak mahu menggunakan laman sosial sebagai platform untuk bercerita tentang kehidupan peribadinya.

Ini kenyataan PU Abu yang agak pelik kerana sebelum ini, ketika dia berkahwin dengan Hana, platform media sosial penuh dengan cerita-cerita mereka. Tidak pula ditolak oleh PU Abu.

Mengapa hari ini, apabila dibangkitkan tentang status dia rujuk denga Ain, laman sosial tidak dijadikan platform?

Memanglah soal rumah tangga adalah urusan peribadi dan tiada sesiapapun boleh memaksa PU Abu untuk membuat komen.

Cuma agak tidak ‘gentlemen’ lah PU Abu kalau menolak keadaan yang berlaku sekarang ini kepada Hana untuk memberikan jawapan.

Yang rujuk semula ialah PU Abu dengan Ain, bukan PU Abu dengan Hana.

Seperti mana yang ditulis oleh wartawan MStar, PU Abu ulaslah mengenai kenyataan dan pendedahan bekas isterinya, Hana yang mendakwa, bekas suaminya itu sudah rujuk semula dengan Ain Afini selepas dua minggu usia perkahwinan PU Abu dan Hana.

Pendedahan Hana susulan satu posting yang dibuat oleh PU Abu di Instagramnya dengan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar (anak ini bersama Ain).

Hana pun mengatakan bukan niatnya untuk mengaibkan sesiapa dalam hal ini tetapi atas dasar dia juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan PU Abu, dia tidak mahu anaknya, Muhammad UWais Al-Mateen menjadi mangsa kecaman netizen.

Seeloknya jangan berahsia PU Abu. Apa salahnya kalau benar sudah rujuk dengan bekas isteri pertama.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara itu di laman sosial sebab sudah terlalu lama mendiamkan diri. Apabila saya diam, orang menyalahkan dan mengutuk saya. Malah ada dalam kalangan netizen yang mengaitkan anak saya sekali dalam kancah ini.

“Tujuan saya memuat naik status bukan untuk membuka aib mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi pencerahan dan sekali gus membersihkan nama baik saya supaya mereka di luar sana, berhenti bercakap buruk tentang anak saya.” – Catatan Hana.

Harapan Hana, PU Abu dan Ain mengaku sahajalah yang mereka sudah bertaut semula sebagai suami isteri dan tidak perlu lagi berdolak dalik sehingga orang tidak berhenti menyalahkannya dan anak. – SM

(Visited 2,575 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button