Nasional

Lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, diploma boleh semak kemasukan ke IPTA mulai 17 September

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2023/2024 diumumkan pada 7 September 2023 (Khamis)

Keputusan boleh disemak mulai 7 September 2023 (Khamis), pukul 12.00 tengah hari hingga 16 September 2023 (Sabtu), pukul 50 petang melalui platform seperti berikut: 

Melalui Aplikasi mobile UPUPocket di telefon pintar

Secara atas talian melalui pautan

  • https://jpt.utm.my 
  • https://ipt.uum.edu.my 
  • https://ipt.unimas.my 
  • https://jpt.ums.edu.my
  • http://jpt.umt.edu.my 

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran akan bermula pada 8 September 2023 (Jumaat) hingga 16 September 2023 (Sabtu) melalui laman web UA masingmasing.

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 8 September 2023 (Jumaat) setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan

Pemilihan kemasukan calon kategori STPM/Matrikulasi/Asasi/STAM adalah berdasarkan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90% pencapaian akademik dan 10% pencapaian kokurikulum.

Manakala, pemilihan bagi calon kategori Diploma/Setaraf adalah berdasarkan 100% pencapaian akademik

Berdasarkan prinsip meritokrasi tersebut, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberikan peluang untuk mengikuti pengajian di UA

Kejayaan calon untuk memperoleh tawaran bergantung kepada susunan merit, memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian, diperaku temu duga dan/atau ujian bagi program yang menetapkan syarat yang demikian, kekosongan tempat dan keutamaan pilihan program pengajian di UA yang telah dipohon. 

Sebanyak 1,098 program pengajian sarjana muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini

Terdapat 89,102 tempat disediakan kepada calon lepasan STPM/Setaraf di 20 UA yang melibatkan 72,772 tempat melalui UPUOnline®. Manakala, 16,330 tempat lagi disediakan kepada calon feeder melalui saluran UA masing- masing

Hanya calon yang mengemukakan permohonan UPUOnline® melalui https://upu.mohe.gov.my/ sahaja telah dipertimbangkan.

Jumlah permohonan UPUOnline® yang diterima bagi Lepasan STPM/Setaraf adalah sebanyak 118,143 calon dengan 70,156 calon telah berjaya memperolehi tawaran

Sejumlah 24,846 calon lelaki dan 45,310 calon perempuan telah berjaya ditawarkan tempat. Kadar kejayaan lelaki adalah 73.94% berbanding perempuan 73.49%

Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 36,365 dengan pecahan tawaran iaitu 35,892 calon kategori B40, 192 Orang Kurang Upaya (OKU), 181 Atlet dan 100 Orang Asli.  

Peratus calon Bumiputera yang berjaya adalah sebanyak 72.69% daripada keseluruhan calon Bumiputera yang layak. Manakala calon bukan Bumiputera yang berjaya adalah 78.70% daripada keseluruhan calon bukan Bumiputera yang layak

Sejumlah 5,442 (84.11%) daripada 6,470 tempat melibatkan 119 program pengajian dalam bidang Pendidikan & Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) telah dipenuhi oleh calon di empat Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) iaitu Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Selain itu, sejumlah 36,463 (91.17%) daripada 39,994 tempat melibatkan 673 program pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) telah dipenuhi oleh calon di 20 Universiti Awam

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2023/2024 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button