Ekonomi

Penjawat awam dari Terengganu pemenang Nissan GTR R35 Terrrrpaling Raya Bulan Bintang

SEORANG penjawat awam berusia 40 tahun dari Kuala Berang, Terengganu, Muhammad Alhafizi Bidin tidak menyangka apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa kenderaan mewah berkuasa tinggi model Nissan GTR R35 daripada Kempen Terrrrpaling Raya Bulan Bintang, semalam.

Alhafizi berkata, kemenangan yang dikongsi bersama jejaka dari Kedah, Muhammad Nazdrul Abdullah selepas mereka berpakat untuk menyertai cabutan bertuah itu akhirnya membuahkan hasil lumayan sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini cukup bermakna.

(Dari kiri) Azzim Zahid Azmi atau Meri (pengasas Bulan Bintang), Muhammad Nadzrul Abdullah (baju merah), Muhammad Alhafizi Bidin (baju oren) dan Azri Zahier Azmi atau John Lemon (pengasas Hausboom).

“Syarat utama untuk menyertai cabutan bertuah ini adalah kami perlu memiliki tiket emas (golden ticket) untuk dua jenama iaitu Bulan Bintang dan Hausboom. Alhamdulillah selepas membuat pembelian baju Melayu Bulan Bintang sebanyak lima pasang, saya mendapat tiket emas ini.

“Jadi sepanjang menunggu siapakah individu yang memenangi tiket emas bagi kempen raya Hausboom, saya selalu mengikuti setiap siaran langsung dan kandungan yang dimuat naik oleh kedua-dua jenama.

“Tanpa disangka, saya menerima mesej peribadi daripada seorang lelaki tidak dikenali yang berjaya mendapat tiket emas dari Hausboom Khamis lalu, jadi kami berdua berpakat untuk membuat penyertaan bersama dan tak sangka menang  hadiah utama ini.

“Ini adalah hadiah kemenangan yang cukup istimewa dan rezeki sempena 10 malam terakhir Ramadan. Setiap hari saya berdoa agar ada rezeki untuk menang kereta mewah ini dan tak sangka Allah makbulkan doa saya itu,” katanya.

Menurut Alhafizi, dia berminat untuk menyertai cabutan bertuah itu kerana tertarik dengan tawaran hadiah yang diberikan kepada pembeli Bulan Bintang.

“Selepas saya tonton video Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show yang menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta saya terus berminat untuk sertai. Lagipun saya dan lima anak lelaki tak pernah pakai baju Melayu jenama Bulan Bintang sebelum ini, jadi kami memang teruja nak menggayakannya pada Aidilfitri nanti.

“Sejujurnya ini adalah hadiah paling besar pernah saya terima. Bukan itu saja, wajah saya juga terus viral satu Malaysia sebaik diumumkan sebagai pemenang. Saya tak berhenti terima panggilan telefon daripada saudara-mara dan rakan-rakan.

“Sebelum ini saya pernah sertai beberapa peraduan kecil, tapi nasib selalu tidak menyebelahi. Alhamdulillah kali ini memang luar biasa dan hadiah yang diterima pun buat saya menggigil sebab tak pernah terjangkau dalam fikiran saya.

“Apapun saya ingin berterima kasih kepada pemilik Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi kerana berjaya menganjurkan peraduan yang cukup hebat ini. Saya tengok di media sosial ramai pembeli yang begitu gembira apabila memenangi pelbagai hadiah sepanjang kempen ini dijalankan. Terima kasih Bulan Bintang,” katanya.

@meripergibulat DAH JUMPA!!! KITAAA DAH JUMPAAAA PEMENANG GTR #bulanbintang ♬ original sound – meri yang busy

Terdahulu, Alhafizi dan Nadzrul yang yang masing-masing menerima tiket emas (Golden Ticket) daripada Bulan Bintang dan Hausboom berpakat untuk bergabung dan berkongsi hadiah Nissan GTR R35.

Mereka hadir untuk menerima hadiah utama kempen Terrrrrpaling Raya itu yang diserahkan sendiri oleh pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri) dan pengasas Hausboom, Azri Zahier Azmi (John Lemon), semalam.

Video penyerahan hadiah yang dimuat naik di TikTok milik Meri mendapat perhatian warganet dan meraih hampir 900,000 tontonan setakat artikel ini ditulis. – SM 

@meripergibulat TAHNIAH. NISSAN GTR DAH JUMPA OWNER. TERRRRPALING RAYA! #bulanbintang @johnlemmonnn @Bulan Bintang Clothing HQ @hausboomhq ♬ original sound – meri yang busy

Artikel berkaitan > Bulan Bintang lancar kempen ‘The Terrrrpaling Raya’ dengan pertunjukkan fesyen gilang gemilang

(Visited 86 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button