Nasional

Dunia kekurangan 6 juta jururawat

KETIKA Covid-19 menjadi pendemik global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa enam juta jururawat diperlukan di seluruh dunia.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bersama rakan kongsi mereka Nursing Now dan Majlis Jururawat Dunia (ICN) mencatatkan dalam laporan mereka peranan yang dimainkan oleh jururawat mewakili separuh daripada pekerja kesihatan di seluruh dunia.

“Jururawat merupakan tulang belang kepada sistem kesihatan. Hari ini, jururawat berada di barisan hadapan menentang Covid-19,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghenreyesus dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari AFP

Oleh itu katanya, adalah penting mereka mendapat sekongan yang diperlukan untuk memastikan dunia sihat.

Laporan itu mengatakan jumlah jururawat di seluruh dunia kurang daripada 28 juta orang.

Dalam tempoh lima tahun hingga tahun 2018 jumlah mereka yang terlibat dalam profesyen itu hanya meningkat 4.7 juta.

“Ini menjadikan seluruh dunia masih kekurangan 5.9 juta jururawat,” kata WHO dengan menunjukkan kekurangan paling besar adalah di negara-negara miskin di Afrika, Asia Tenggara, Asia Barat dan sebahagian Amerika Selatan.

Laporan itu menggesa negara-negara terbabit merapatkan jurang kekurangan dalam tenaga kerja jururawat itu dan melabur dalam pendidikan kejururawatan, pekerjaan dan kepimpinan.

Ketua ICN, Howard Catton berkata, kadar jangkitan, kesilapan ubatan dan kadar kematian semua tinggi sedangkan jumlah mereka yang terlibat dalam kerjaya itu kurang.

Kekurangan itu katanya, menyebabkan para jururawat yang ada kepenatan.

Mary Watkins yang merupakan pengerusi bersama untuk Nursing Now pula dalam laporan itu meminta pelaburan segera dalam ujian virus untuk pekerja kesihatan.

“Kami mempunyai kadar yang tinggi di mana pekerja kesihatan tidak pergi bekerja kerana takut mereka dijangkiti dan mereka tidak boleh buktikan yang mereka tidak mendapat jangkitan itu – atau jika mereka dijangkiti, mereka tidak menyedari,” katanya.

Katanya, 23 jururawat telah meninggal dunia di Itali dan dianggarkan kira-kira 100 pekerja kesihatan maut di seluruh dunia.

Pada masa sama katanya, terdapat laporan mengatakan enam peratus petugas kesihatan di Itali dijangkiti Covid-19 dan di Sepanyol dikatakan 14 peratus.

Beliau juga mengkritik serangan yang terhadap pekerja kesihatan yang bertungkus lumus melawan Covid-19 yang merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Semua itu katanya berpunca daripada kejahilan tentang tugas kerjaya itu di samping terdapat negara yang tidak bertindak secukup untuk melindungi mereka. – AFP

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button