AgamaNegeriRencah Hidup

60 hingga 70 pasangan Malaysia setiap hari menikah di Thailand

REKOD pasangan Malaysia yang bernikah di Thailand telah meningkat dalam jumlah yang sangat mengejutkan sejak bulan lepas.

Dikatakan setiap hari antara 60 hingga 70 pasangan dari Malaysia memenuhi pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla hanya untuk membuat permohonan surat pengesahan pernikahan masing-masing.

AHMAD FAHMI

“Dari angka ini ia memang telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa kerana ia berlaku pada setiap hari dan bukannya setiap bulan,” kata Konsul Jeneralnya, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi yang mula berkhidmat di Songkhla sejak 25 Ogos lalu.

Beliau ditemui oleh media Malaysia di Hotel Rua Rasada, Trang yang mengikuti Progam Ziarah Mahabbah diketuai oleh Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Di Pertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Delegasi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs ke Wilayah Trang, Thailand dari 6 hingga 8 Oktober.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Bagaimanapun Ahmad Fahmi berkata, setiap permohonan ini hanya akan diluluskan jika disertakan dengan dokumen yang lengkap.

Tambahnya, Ahmad Fahmi secara purata sehari lebih kurang 30 peratus permohonan terpaksa ditolak.

“Antaranya termasuk pemohon yang memasuki Thailand melalui “laluan tikus” yang dikira termasuk gagal mengemukakan dokumentasi yang sah,” katanya.

Katanya, hasil pertemuan antara Majlis Agama Islam (MAI) Wilayah Andaman dan Majlis Agama Islam negeri di Malaysia baru-baru ini telah dapat mencapai persetujuan bagi memenuhi keperluan dokumentasi bagi pengesahan perkahwinan di Thailand.

Katanya, MAI juga telah menyenarai jurunikah bagi mengelak pasangan tertipu dengan sijil nikah palsu.

Katanya, maklumat dokumentasi lengkap ini boleh dirujuk di laman web Majlis Agama Islam negeri masing-masing dan juga pejabat Konsul Jeneral Songkhla. – SM

BACA Dua suami dalam satu masa

BACA Mais tak iktiraf pernikahan di Thailand

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button