Politik

Polis Melaka terima satu laporan cabut bendera parti

Polis Melaka menerima satu laporan mengenai jenayah khianat mencabut dan mencampakkan bendera parti yang berlaku di Melaka Tengah sepanjang tempoh tiga hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini tiada mana-mana individu ditangkap berhubung insiden yang berlaku itu.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meluluskan sebanyak 46 aktiviti ceramah dari seluruh negeri selepas hari penamaan calon pada Sabtu lepas sehingga hari ini.

Zainol Samah.

“Semua parti politik dinasihatkan mengemukakan permohonan permit di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU15 ingin mengadakan ceramah sepanjang tempoh berkempen,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainol berkata, polis akan membantu memudahkan permohonan permit tersebut namun ia perlu mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan merujuk kepada Subseksyen 24.

Sehubungan itu beliau meminta semua calon dan parti yang bertanding agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, pemasangan bahan kempen seperti bendera dan poster hendaklah dipasang di kawasan yang tidak mengganggu pandangan pengguna jalan raya dan membahayakan keselamatan.

“Polis tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan terhada mana-mana individu yang menimbulkan provokasi yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu keselamatan,” ujarnya. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button