Politik

DUN Kelantan bubar hari ini

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ia susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya semalam bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Pembubaran DUN bagi penggal Ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pas mendominasi Kelantan apabila menang 37 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menguasai lapan kerusi.

Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudian bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.

Ketika ditemui media semalam, Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.

Bagi BN dan PH, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi masing-masing. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button