BeritaSukan

Tammy Abraham, Mason Mount semakin digeruni

Frank Lampard ketika buat pertama kali tampil sebagai jurulatih Chelsea bukan sahaja goyah, bahkan ramai penyokong The Blues tidak yakin dengan barisan pemain muda yang diketengahkan.

Penyerang utama Tammy Abraham hanya berusia 22 tahun, manakala Mason Mount baru berusia 20 tahun, tetapi percaturan dan kepercayaan yang diberikan oleh Lampard kini semakin membuahkan hasil.

Kesebelasan pemain yang menumpaskan Crystal Palace 2-0 sebelum liga Inggeris berehat berikutan perlawanan antarabangsa tempoh hari secara purata hanya berusia 24 tahun dan 88 hari.

Lebih manis dan meyakinkan Chelsea yang kini berada di tangga ketiga berada di landasan yang betul apabila Mount turut menjaringkan gol ketika menyarung jersi England.

Abraham pemain yang tinggi lampai walaupun penyudahannya belum cukup tajam, tapi pandai mencari dan mencipta ruang setakat ini telah menjaringkan 10 gol kini menjadi pilihan utama Lampard.

Mount yang bermain di bahagian tengah berperanan sebagaimana yang pernah dipikul oleh Lampard ketika menyarung jersi Chelsea telah menjaringkan empat gol. Pasukan itu diperkukuh oleh dua pemain pertahanan Reece James berusia 19 tahun dan Fikayo Tomori berusia 21 tahun.

Pemain yang paling tua berada di atas padang ialah penyerang antarabangsa Croatia, Kovacic iaitu berusia 25 tahun, yakin formula digarap oleh Lampard mampu membawa Chelsea sebagai pasukan elit.

Kovacic yakin kedua-dua pemain itu tidak mempunyai banyak masalah kerana mereka sedar tanggungjawab yang dipikul dan bagaimana tantangan yang bakal mendatang apabila bermain untuk Chelsea.

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button