Politik

PH Plus belum capai kata sepakat mengenai calon Perdana Menteri

PAKATAN HARAPAN (PH) baharu yang lebih dikenali sebagai PH Plus, gagal mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan malam tadi berkata, perbincangan masih berlangsung antara paerti-parti komponen dalam rakan-rakan dalam PH Plus.

“Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon perdana menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.

“Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang.

“Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai,” katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub sebagai berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih berjalan.

“Kita boleh sebut begini la, meeting in progressOk, still waiting. Still tunggulah kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Salahuddin, tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk membuat keputusan tersebut dan hanya mengatakan mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat.

Selepas Bersatu keluar daripada PH untuk membentuk Pakatan Nasional (PN) bersama UMNO dan Pas, PH bergabung dengan ahli-ahli parlimen Bersatu yang tidak bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kerajaan membentuk PH Plus diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PH Plus terdiri daripada Amanah, PKR, DAP, Warisan dan empat anggota parlimen yang berpihak kepada Dr Mahathir.

Sebelum dikatakan bahawa gabungan itu bersetuju agar Dr. Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga akhir 2020 sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Malah Dr. Mahathir pada minggu lalu cukup yakin bahawa PH Plus memiliki angka mencukupi untuk mengambil alih semula kerajaan daripada PN.

Namun, Anggota Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang berpihak kepada Mahathir berkata, jawatan perdana menteri kesembilan itu bukan hak milik mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim  kerana PH memerlukan pengaruh Mahathir bagi mendapat sokongan ahli parlimen untuk berkuasa semula.

Kenyataan Dr. Maszlee itu dibalas oleh  Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad di Twitter, bahawa  jawatan perdana menteri itu juga bukan hak mutlak Dr. Mahathir.

“Setuju dengan Maszlee. (Jawatan itu) juga bukan hak mutlak Tun Mahathir,” kata Nik Nazmi. – SM

.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button