KemalanganMahkamahNasional

Pemandu lori tangki mengaku tak bersalah sebabkan kematian dua beradik

SEORANG pemandu lori tangki dihadapkan ke Mahkamah Trafik Khas Kuantan atas tuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian dua beradik dalam nahas pada 13 Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Noor Azwan Abd Saman, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Gambar hiasan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan berat itu tanpa kecermatan kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian Siti Nur Alia Saffiyah, 18, dan Siti Mazurah Zulkifli, 30.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Azwan di Jalan Kuantan-Segamat, dekat persimpangan lampu isyarat Felda Lepar Hilir, Kuantan, 11 malam, 13 Jun lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87 – Pindaan 1999) dan sabitan bagi kesalahan itu boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fadhlin Hani Khairon manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain itu, lesen tertuduh juga boleh dibatalkan mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun dari tarikh sabitan.

Dalam prosiding itu, Fadhlin memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 berserta seorang penjamin bercagar.

Media sebelum ini melaporkan kereta dinaiki dua beradik itu dirempuh sebuah lori tangki membawa muatan petroleum berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir.

Kejadian ketika hujan itu menyebabkan kereta dipandu Nur Alia Saffiyah terperosok ke bawah lori tangki dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – SINAR HARIAN – SM

BACA 2 beradik maut selepas bertengkar

BACA Dua beradik maut kereta dirempuh lori tangki

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button