Sukan

Khabib umum bersara selepas tewaskan Justin Gaethje

JUARA Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov mengumumkan bersara daripada sukan bela diri bercampur itu sebaik sahaja menewaskan Justin Garthje awal pagi tadi.

Khabib berkata, dia berbuat demikian sebagai janji kepada ibunya yang tidak membenarkannya bertarung selepas kematian bapanya Abdulmanap Nurmagomedov.

“Ibu tidak membenarkan bertarung tanpa bapa saya. Tetapi saya berjanji kepada ibu saya bahawa ini adalah pertarungan terkakhir.

“Saya perlu menunaikan janji kepada ibu saya. Ini adalah pertarungan terkakhir saya di sini. Saya tidak akan kembali lagi ke sini,” katanya dalam temu bual sebaik sahaja mengekalkan rekod tanpa kalahnya kepada 29 pertarungan.

Khabib mencatatkan kemenangan ke-29 tanpa kalah dan sekali gus mengekalkan kejuaraan Lightweight.

Khabib menewaskan pencabar utama Gaethje dengan ‘triangle choke’ di pusingan kedua dalam perlawanan yang dijadual lima pusingan.

Gaethje pengsan setelah gagal melepaskan diri daripada cengkaman tersebut dan pengadil terpaksa menghentikan perlawanan.

Khabib tidak dapat menahan sedih telah menangis teresak-esak kerana beraksi tanpa kehadiran ayahnya Abdulmanap Nurmagomedov yang baharu meninggal dunia.

Ibunya enggan membenarkan Khabib bertanding tanpa ayahnya. – SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button