Nasional

Anwar…Que Sera Sera kah esok?

MARI kita hayati sekejap lagu “Que Sera Sera” dendangan Doris Day berikut:

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty
Will I be rich
Here’s what she said to me

Que será, será
Whatever will be, will be
The future’s not ours to see
Que será, será
What will be, will be

When I grew up and fell in love
I asked my sweetheart, what lies ahead
Will we have rainbows
Day after day
Here’s what my sweetheart said

Que será, será
Whatever will be, will be
The future’s not ours to see
Que será, será
What will be, will be

Now I…

Seingat Suara Merdeka, sudah dua kali Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan perkataan que sera sera – “apa yang terjadi, terjadilah”. Pendek kata, ‘Masa hadapan di luar kawalan”.

Pertama, pada 2015 semasa tenang mengetahui keputusan satu kes melibatkan dirinya akan diketahui sekitar Februari tahun itu.

Dan kali kedua, que sera sera diungkapkan ketika beliau mengulas ringkas persepakatan Pas-UMNO pada 2018.

Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepangol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.

Dari bait-bait lagu itu terkandung makna yang cukup mendalam.

Kalau dikaitkan dengan Anwar, tentu sekali esok Jumaat 21 Februari merupakan hari penting buat bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana dikatakan akan ditetapkan tarikh peralihan untuk beliau selaku bakal PM ke-8 daripada PM ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Que sera sera boleh dikaitkan laluan penuh onar berduri yang dihadapi Anwar dalam sehingga kemuncak politiknya hari ini.

Dan senario politik semasa di negara ini realitinya kalau que sera-sera tidak sahaja berkait dengan Anwar semata-mata, tempiasnya kena kepada rata-rata mereka yang pernah atau kini menjadi pemain dalam lapangan itu.

Sesekali Suara Merdeka fikirkan sejenak, dalam politik kadang-kala lunas logik tidak dipentingkan. Kebanyakan yang jadi ikutan ialah sentimen semerta.

Bertembung, bertentangan, berselisih pendapat dan bertaut kembali dalam sesebuah parti politik bukan perkara luar biasa. Lihat sahaja peranan pemimpin yang terdahulu.

Kisah Tunku Abdul Rahman dengan Dr. Mahathir Mohamad dan Musa Hitam boleh disingkap kembali sebagai satu bab pertembungan sengit sehingga Dua M terpaksa dipecat dari parti atas desakan Tunku dalam mesyuarat Majlis Tertinggi 1970.

Dr. Mahathir menulis surat terbukanya kepada Tunku, menyatakan kesilapan perjuangan Tunku yang didapatinya kurang tertumpu kepada kepentingan bumiputera dalam persaingan hak ekonomi negara.

Musa yang dikenali berpandangan tajam terhadap style pemerintahan Tunku menyebabkan beliau terpaksa merantau, belajar ke Universiti Sussex, United Kingdom hampir dua untuk memperoleh ijazah Masters sambil meredakan keadaan di Kuala. Kedua-dua pemimpin ini dipandang radikal masa itu dan akhirnya bergabung menjadi pemimpin besar UMNO.

Bagi seorang pemimpin UMNO dari Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah pula, hajat asal bukan hendak menubuhkan parti Semangat 46 setelah tewas tipis 43 undi dalam perebutan jawatan Presiden UMNO 1987.

Hajat asalnya hendak menghidupkan UMNO Lama dengan panggilan UMNO Malaysia setelah UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Malangnya pihak berkuasa enggan menerima cadangan itu. Que sera sera, akhirnya Semangat 46 kembali ke pangkuan UMNO secara rasmi pada 6 Oktober 1996.

Sebelum 1997, gandingan Dr. Mahathir dan Anwar adalah ma­sing-masing selaku Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Mereka tak ubah macam isi dengan kuku.

Pemecatan Anwar pada 1998 mengakibatkan orang Melayu berpecah-belah dengan terbahagi kepada kem-kem tertentu. Demonstrasi jalanan dan reformasi serta tohmahan dan fitnah memfitnah menjadi tular dari mulut ke mulut sebelum menjadi kritikal dengan kedatangan laman sosial.

Selepas 18 tahun berlalu, Dr. Mahathir akhirnya berjabat ta­ngan dengan Ketua Umum PKR itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September 2016. Permusuhan dinoktahkan.
“Beliau (Dr. Mahathir) sudah berubah dan komited terhadap agenda reformasi,” kata Anwar waktu itu.

Que sera sera. Selama lebih 60 tahun UMNO dan Pas berseteru sejak Haji Ahmad Fuad Hassan meninggalkan UMNO pada 1951 sehingga membawa kepada penubuhan Pas. Tetapi hari ini dua parti terbesar orang Melayu itu bertaut atas prinsip sama memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Que sera sera, lagu bernada anak-anak dan ringkas tetapi memiliki makna yang cukup mendalam. Menghayatinya membuatkan Suara Merdeka merenung sejenak – kita harus menjalani hidup sebagai manusia yang bersahaja, manusia seutuhnya dan manusia yang baik. Yakni, tetap melangkah dan menerima apapun yang terjadi nanti.

Dr. Mahathir pernah menjelaskan, dalam politik tiada yang kekal. Kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan. Yang kekal hanyalah perjuangan dan isu-isu yang dibawanya.

Perdana Menteri yang muncul kembali mengejutkan dunia dalam usianya 94 tahun telah menempuh segala pahit-maung dan saat-saat manis dalam perjuangannya. Ungkapannya tepat, dan ketepatan itu diperakukan ramai kerana kita telah tersua banyak peristiwa dan kejadian yang membuktikan falsafah itu sebagai kenyataan sejagat.

Begitu pun, walau apa lagu sekali pun mendatang, que sera sera kah, waima falsafah itu dan ini pun, Suara Merdeka cukup insaf dan ingin berkongsi dengan sesiapa pun pemain dalam lapangan politik ini – jangan dilupai bahawa nasib dan jatuh bangun dalam politik adalah kehendak dan ketentuan-Nya.

Terdapat ramai personaliti pada masa lalu mempunyai peluang dan keupayaan untuk menjadi pemimpin muktamad. Tetapi disebabkan Dia tidak mengizinkan, mereka terpaksa berhenti pada satu tahap dalam kerjaya politik dan akhirnya tergolong dalam kumpulan yang biasa. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button