NasionalPolitik

MT PN setuju timbang pembentukan Kerajaan Perpaduan

Demi kesejahteraan negara dan rakyat

SAMA ada buat pusingan U atau tidak, meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Majlis Tertinggi PN bersetuju mempertimbangkan cadangan Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Hamzah berkata, pertimbangan dan mengambil kira cadangan Yang Di-Pertuan Agong demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, ini susulan mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.” katanya dalam satu kenyataan. – SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button