Alam SekitarBencana alamBeritaLuar NegaraUncategorized

Mesir alami perubahan iklim mendadak

TIDAK terkecuali Mesir adalah antara negara paling terjejas di dunia akibat perubahan iklim. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sumber Air dan Pengairan Mesir, Hani Suweilam, semalam.

Menurut Ahram Online, Menteri berkenaan membuat laporan kenyataan semasa pembukaan forum Alam Sekitar dan Pembangunan mengenai persediaan Mesir sebagai tuan rumah Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu sesi ke-27 (COP27).

Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (COP27)  akan diadakan di bandar peranginan Laut Merah Sharm El-Sheikh pada November ini.

Perubahan iklim di Mesir, turut terjejas kekurangan air, suhu yang tinggi, hakisan dan limpahan air masin kedalam sumber air tawar.

Tambahan pula penduduk yang semakin padat, serta pengaliran air yang tidak stabil dari sungai seperti sungai Nil.

Menurut Suwailam, bekalan sumber air  digunakan untuk minuman, pertanian dan perindustrian di beberapa negara mungkin akan berkurangan ekoran kesan iklim.

Menteri itu turut menggesa semua negara mengukuhkan kerjasama dalam menangani perubahan iklim yang melampau serta menekankan keperluan sektor air, makanan dan pertanian dalam agenda iklim global.

Mesir juga sedang berusaha untuk meningkatkan pengurusan air termasuk memulihkan terusan untuk pengaliran air yang baik kepada petani memandangkan pertanian adalah unsur utama dan keselamatan makanan. – SM

 

 

 

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button