KesihatanNasional

Pesakit Covid-19 boleh mengundi 2 jam terakhir-KP KKM

KETUA Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan mengumumkan, pengundi positif Covid-19 perlu hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh mengundi.

Ia bertujuan meminimumkan risiko percampuran dengan pengundi lain, katanya.

Enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu akan mengadakan pengundian bagi PRN pada Sabtu ini.

Radzi berkata, individu positif Covid-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu yang menyediakan panduan menjalankan kewajipan sebagai pengundi.

“Pengundi Covid-19 positif juga dinasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal yang selamat sepanjang masa terutamanya apabila berhadapan dengan petugas ketika pelitup muka dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setelah selesai mengundi, pengundi Covid-19 positif hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian (HSO).

Katanya, pengundi kumpulan itu juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam.

Dalam pada itu, Radzi berkata, bagi mereka yang sedang menerima rawatan di hospital dibenarkan discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat mematuhi prosedur ditetapkan.

“Namun pihak hospital tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pesakit hendaklah menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi,” katanya. – SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button