Nasional

Jangan biarkan Covid-19 hentikan pelan kemasukan tanpa visa, kata pakar

PELAN liberalisasi Visa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu diteruskan walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 di negara ini, kata pakar kesihatan.

Pakar Perubatan Sosial dan Pencegahan Universiti Malaya, Prof Dr Moy Foong Ming berkata, pelan liberalisasi yang diperkenalkan kepada pelancong China dan India itu boleh diteruskan, namun kerajaan perlu mengawasi situasi Covid-19.

“Saya rasa tidak perlu untuk menghentikan pelan liberalisasi visa kerana majoriti kes Covid-19 adalah bergejala ringan ketika ini dan tiada peningkatan kemasukan ke hospital.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu memantau keadaan dengan teliti, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil segera.”

“Peningkatan kes Covid-19 mungkin disebabkan hujung tahun dan cuti sekolah kerana semakin ramai yang melancong.

“Pusat beli-belah dan tarikan pelancong juga semakin sesak, sekali gus menjadikan jangkitan Covid-19 lebih mudah.

“Selain itu, imuniti vaksin yang lemah, digabungkan dengan segelintir orang yang tidak memakai pelitup muka, boleh menyebabkan seseorang yang mempunyai virus, untuk menjangkiti orang lain,” katanya.

Terdahulu, kerajaan memaklumkan akan meneruskan pelan Liberalisasi Visa yang diperkenalkan untuk pelancong China dan India sehingga mendapat panduan mengenai situasi semasa Covid-19 daripada Kementerian Kesihatan (KKM). – SM

Baca : Konvokesyen ke-25 UPSI jana pendapatan daerah Muallim dan Perak

 

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button