KesihatanNasionalPenyakit

Kes HFMD di KL, Putrajaya meningkat 14 kali ganda

KES penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan peningkatan 14 kali ganda berbanding tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Nor’ Aishah Abu Bakar berkata, sebanyak 6,197 kes HFMD direkodkan di Kuala Lumpur.

Putrajaya pula, katanya, pada minggu epidemiologi (ME) 20/2022 iaitu pada 21 Mei mencatat 403 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Manakala itu jumlah kes mingguan dilaporkan pada ME 20/22 adalah 1,163 kes berbanding 1,138 kes pada ME19/2022, iaitu terdapat peningkatan sebanyak 2.2%.

“Sehingga ME 20/2022 sebanyak 408 wabak dilaporkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, berbanding ME sama pada tahun 2021, iaitu sebanyak 32 wabak, menunjukkan peningkatan sebanyak 12 kali kali ganda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes HFMD dikategorikan sebagai wabak apabila berlaku dua atau lebih kes dalam tempoh inkubasi dan lokaliti sama.

Katanya, jangkitan HFMD cepat menular terutama dalam kalangan kanak-kanak jika mereka mempunyai kontak dengan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak mempunyai tanda jangkitan HFMD tidak membawa mereka ke tempat awam termasuk taska, tadika atau sekolah.

“Membawa anak yang bergejala segera berjumpa doktor untuk rawatan dan nasihat. Menggunakan peralatan makanan dan minuman berasingan dan tidak berkongsi barang-barang dengan anak lain,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pengusaha taska atau tadika supaya melakukan saringan di pintu masuk (gate-keeping) bagi memastikan hanya kanak-kanak tiada gejala HFMD memasuki premis dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

“Jabatan ini sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di Kuala Lumpur dan Putrajaya khasnya dan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan transmisi jangkitan di dalam komuniti.

“Orang ramai juga digalakkan untuk sentiasa melayari laman web Kementerian Kesihatan (KKM) di https://www.moh.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini kes HFMD,” katanya. – SM

 

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button