NasionalNegeri

Orang ramai perlu waspada sertai NGO – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah walaupun tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan penting dalam mempromosikan keperluan sosial dalam masyarakat, namun adalah penting juga untuk orang ramai sentiasa berwaspada dan berhati-hati bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan sejajar dengan nilai budaya dan identiti negara kita.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat mengetuai kayuhan ‘MAIPs Peduli Khas’ sejauh 15 kilometer di sekitar bandar Trang, Thailand bersempena Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke wilayah berkenaan dari 6 hingga 8 Oktober 2023 baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Trang, Thailand.

Turut serta ialah Timbalan Gabenor Wilayah Trang, Skul Dumrongkiatkul, Ketua Polis Wilayah Trang, Mejar Jeneral Polis Chaowalit Leangsupong dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan harapan agar setiap rakyat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan negara kita ini kekal aman dan damai serta bebas dari sebarang konflik.

Baginda menambah, dialog terbuka secara berhemah dan juga persefahaman bersama adalah antara kaedah pilihan yang perlu selalu dipertimbangkan untuk menangani sebarang isu dengan berkesan dan pada masa yang sama menggalakkan perubahan yang baik.

Tiga buah rumah golongan yang memerlukan tempatan yang dicadangkan oleh Majlis Agama Islam Trang dan juga Ahli Jawatankuasa Masjid Madinatul Al-Islam, Trang disantuni dan disampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs oleh Baginda pada petang tersebut. – SM

BACA ATAM perlu lebih agresif cari seramai mungkin asnaf – Raja Muda Perlis

BACA Pelaburan wang zakat masih dianggap baru – Raja Muda Perlis

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button