BanjirBencana alam

Banjir: Hishammuddin pastikan ATM bantu sepenuhnya

MENTERI Kanan Pertahanan Datuk Seri HIshammuddin Tun Hussein akan memastikan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya, kesiapsiagaan ATM menghadapi banjir berada pada tahap tertinggi sejak awal November lalu.

Malah pihaknya telah menghantar pasukan tentera sejak semalam ke beberapa kawasan yang terlibat.

“Kesiapsiagaan ATM untuk hadapi banjir berada pada tahap tertinggi sejak awal bulan November lagi. Dalam beberapa hari ini juga, ATM pantau rapat dan sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada NADMA serta agensi berkaitan berhubung situasi di seluruh negara termasuk di Selangor.

“Susulan itu, sejak tengahari tadi anggota & aset dari 11 Briged serta 2 Briged menjadi antara pasukan terawal turun bantu operasi banjir di beberapa kawasan di Selangor.

“Tiada istilah berlengah dalam ATM. Saya akan pastikan penglibatan @MarkasATM hingga banjir surut sepenuh,” katanya di Twitter.-SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button